Rajin simpan duit setiap bulan tapi rasa macam tak ke mana-mana? Ini sebab kenapa simpan sahaja tak cukup, dan kenapa anda perlu mula fikir tentang melabur mulai hari ini juga.
Kategori: Kewangan Peribadi
Gaji masuk hujung bulan, tapi pertengahan bulan dah mula kira baki? Kerja dah bertahun, tapi simpanan masih nipis? Masalahnya selalunya bukan gaji kecil, tapi cara kita mengurus duit.
Kategori ini ialah asas sebelum anda memikirkan emas atau mana-mana pelaburan. Di sini kami kongsikan cara menyimpan duit setiap bulan, mengenal pasti kebocoran wang, membezakan kehendak dengan keperluan, dan mengatasi sikap boros yang membuatkan simpanan tak pernah bertambah.
Sedang dibebani hutang? Ada panduan langkah demi langkah untuk pulih dan hidup tanpa hutang, serta pengajaran daripada kisah belia yang bankrap akibat gaya hidup. Untuk masa depan, baca tentang dana kecemasan, matlamat kewangan sebelum umur 40, perlindungan kos perubatan, dan perancangan pencen.
Kami juga kongsikan pelajaran daripada buku kewangan popular seperti The Psychology of Money dan The Richest Man in Babylon, diterjemahkan ke situasi pembaca di Malaysia.
Mula dengan Cara Simpan Duit: 7 Tips Mudah, kemudian baca Simpan Duit Sahaja Tak Cukup untuk langkah seterusnya: menjadikan simpanan anda bekerja.