About

Hai, Kami Cikgu Redhuan & Ustazah Norainy

Kami pasangan suami isteri dan pendidik. Sejak 2017, kami menyimpan emas dengan Public Gold. Apa yang bermula sebagai simpanan keluarga akhirnya menjadikan kami dealer aktif Public Gold, dan kini kami membimbing orang lain melakukan perkara yang sama. Setakat ini, lebih 130 ahli telah memulakan simpanan emas bersama bimbingan kami.

Kenapa CantikLink Wujud?

Ramai orang nak mula simpan emas, tapi keliru. Spread tu apa? Dinar atau goldbar? Bila masa sesuai beli? Takut kena tipu? Kami pun pernah lalui kekeliruan yang sama. Jadi, blog ini ialah tempat kami terangkan semuanya dengan bahasa mudah, macam cikgu terangkan kepada anak murid.

Apa yang Anda Akan Jumpa di Sini

  • Panduan asas simpanan emas: cara beli, cara jual, spread, premium dan akaun GAP
  • Harga emas semasa dan cara membacanya
  • Emas dalam kehidupan seorang Muslim: zakat, faraid, mas kahwin dan hantaran
  • Tip kewangan peribadi: menabung, mengawal belanja, dan mengelak hutang

Hubungan Kami dengan Public Gold

Kami berterus terang: kami dealer aktif Public Gold. Sebahagian pautan dalam artikel ialah pautan rujukan, dan kami mungkin menerima komisen jika anda mendaftar atau membeli melaluinya, tanpa caj tambahan kepada anda. Kami juga cuba kongsikan kelemahan dan risiko emas, bukan kelebihannya sahaja, supaya anda boleh membuat keputusan sendiri dengan maklumat yang cukup.

Penafian: Kandungan CantikLink ialah perkongsian ilmu dan pengalaman peribadi, bukan nasihat kewangan berlesen. Harga emas boleh naik dan turun. Buat kajian sendiri, dan dapatkan nasihat profesional jika perlu.

Jom Berhubung

Ada soalan? E-mel kami di admin@cantiklink.com.

Atau sertai channel Telegram kami untuk perkongsian ilmu emas setiap minggu.

logo loceng

Minat simpan emas? Tapi Belum Ada Ilmu Berkaitan Simpanan Emas?

klik button di bawah untuk join channel perkongsian ilmu emas kami