Ramai keliru bila jual balik emas dapat kurang daripada harga beli. Artikel ini terangkan beza premium emas dan spread emas, cara kira peratus spread dengan contoh sebenar, jadual perbandingan dan 5 langkah supaya kos simpanan emas anda lebih rendah.
Kategori: Harga Emas
Setiap kali buka aplikasi dan nampak harga emas naik, soalan yang sama muncul: patut beli sekarang atau tunggu turun? Dan bila harga jatuh, rasa cemas pula datang. Biasa kan?
Kategori ini membantu anda membaca harga emas dengan tenang, bukan dengan emosi. Kami terangkan bagaimana harga emas semasa ditentukan, kenapa harganya berbeza antara kedai, bank dan Public Gold, serta kenapa emas 916 lebih murah daripada emas 999.
Anda juga akan faham dua istilah yang paling ramai keliru: spread dan premium. Dua perkara inilah yang menentukan berapa sebenarnya kos anda bila membeli dan berapa yang anda terima bila menjual semula. Ada contoh kiraan yang boleh terus anda guna.
Takut rugi sebab beli pada harga tinggi? Kami bincangkan soalan rugi beli emas atau rugi tak beli, dengan contoh perbandingan nilai emas berbanding harga rumah dan gaji dari tahun ke tahun.
Nak semak harga terkini? Lihat Harga Public Gold Hari Ini. Kemudian baca Spread Emas vs Premium Emas supaya anda tahu kos sebenar sebelum membeli.
Nota: harga emas berubah setiap hari dan prestasi lalu bukan jaminan pulangan masa depan.