Betul Ke Kadar Spread Emas Public Gold Terendah Di Pasaran?
Emas selalu dianggap sebagai pelaburan yang stabil dan selamat dalam pasaran kewangan global.
Dalam pasaran emas di Malaysia, Public Gold adalah salah satu jenama terkenal dan paling kukuh. Public Gold menawarkan pelbagai jenis produk emas, termasuk bar emas, duit syiling emas (dinar), dan juga perkhidmatan simpanan emas.
Selain daripada itu, Public Gold juga dikenali kerana menawarkan kadar spread emas antara yang paling rendah di pasaran tempatan.
Di Public Gold spread emasnya bermula 6 sehingga 9 peratus sahaja. Iaitu berbeza mengikut jenis item emas yang dipilih. Saiz item emas yang lebih besar akan memberikan kadar spread yang lebih rendah atau nipis. Ini bermakna, dengan saiz yang lebih besar, item tersebut akan memberikan keuntungan yang lebih cepat apabila harga emas meningkat.
Cara Pengiraan Spread Emas Public Gold
Formula untuk mengira spread emas Public Gold adalah: 𝐒𝐏𝐑𝐄𝐀𝐃 = ( (𝐏𝐆 𝐒𝐞𝐥𝐥 – 𝐏𝐆 𝐁𝐮𝐲) / 𝐏𝐆 𝐒𝐞𝐥𝐥 ) ) 𝐱 𝟏𝟎𝟎%

Contohnya, berdasarkan kepada harga pada 03 APril 2025 (rujuk gambar di atas):
𝐒𝐩𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐁𝐚𝐫 𝟏𝟎 𝐠𝐫𝐚𝐦 = ( (4,818 – 4,385) / 4,818) x 100% = 9%
𝐒𝐩𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐁𝐚𝐫 𝟏 𝐊𝐢𝐥𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 = ( (474,728 – 446,244) / 474,728) x 100% = 6%
Apabila formula yang sama digunakan untuk menilai item-item lain, didapati bahawa nilai spread bagi item emas Public Gold (PG) hanyalah antara 6% hingga 9%.
Angka ini menunjukkan bahawa spread yang dikenakan oleh Public Gold adalah relatif rendah, menjadikannya lebih berdaya saing berbanding dengan syarikat-syarikat lain. Dengan spread yang kecil, pelabur dapat menjimatkan kos transaksi dan memperoleh keuntungan yang lebih optimum dalam jangka masa panjang.
Semakin besar saiz item emas yang dibeli, semakin rendah (nipis) spread yang dikenakan. Ini bermakna pelabur yang membeli emas dalam kuantiti yang lebih besar akan menikmati spread yang lebih kecil, seterusnya meningkatkan potensi pulangan pelaburan.
Spread emas Public Gold bukan sahaja rendah malah antara yang terendah di pasaran jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain. Kelebihan ini menjadikan Public Gold sebagai pilihan yang lebih menjimatkan dan menguntungkan.
Nilai spread merupakan salah satu kriteria utama yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih syarikat pembelian emas.
Spread yang rendah membolehkan pelabur membeli emas pada harga yang lebih kompetitif dan menjualnya dengan margin yang lebih baik.
Oleh itu, pilihlah syarikat yang menawarkan spread yang rendah untuk memaksimumkan keuntungan. Pilihlah Public Gold sebagai rakan pelaburan emas anda kerana spreadnya yang rendah dan menguntungkan!
Kadar spread tersebut antara yang terkecil selain emas fizikal yang dijual di UOB Bank, dan emas Kuwait Finance House (KFH) serta Kijang Emas Maybank.
Maksud sebenar spread emas ialah nilai perbezaan antara harga jual (Public gold jual kepada penyimpan) dan harga beli emas (pembeli jual semula emas kepada Public Gold). Kadar spread yang rendah bermaksud perbezaan antara harga jual dan beli adalah lebih kecil.
Majoriti pelabur dan penyimpan emas lebih gemar menggunakan isitilah “susut nilai” berbanding yang lebih tepat iaitu spread. Spread emas adalah faktor terpenting jika ingin mencapai keuntungan maksimum dalam sesuatu pelaburan emas.
Ini bermakna, pelabur dapat membeli atau menjual emas dengan kos yang lebih rendah. Sebagai contoh, jika harga jual emas adalah RM200 dan harga beli adalah RM190, maka kadar spread adalah RM10.
Public Gold menawarkan kadar spread emas yang tersangat rendah di pasaran. Ini menjadikan Public Gold pilihan pelabur yang bijak, terutama bagi mereka yang ingin melabur dalam kuantiti yang besar.
Kadar spread yang rendah juga bermaksud pelabur dapat memperoleh lebih banyak keuntungan dalam jangka panjang.
Satu lagi kelebihan melabur dengan Public Gold adalah ia menawarkan perkhidmatan simpanan emas. Pelabur boleh menyimpan emas mereka dengan selamat di dalam safety box simpanan emas milik Public Gold.
Ini menjadikan Public Gold sebagai pilihan yang selamat bagi pelabur yang ingin melindungi aset mereka daripada risiko pencurian atau kehilangan.
Selain daripada itu, Public Gold juga menawarkan sistem pembelian dan penjualan emas secara dalam talian. Pelabur boleh membeli atau menjual emas di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka. Ini menjadikan pelaburan dalam emas dengan Public Gold lebih mudah dan lebih senang.
Secara kesimpulannya, Public Gold menawarkan kadar spread emas yang rendah dan perkhidmatan simpanan emas yang selamat.
Ini menjadikan Public Gold pilihan yang bijak bagi pelabur yang ingin melabur dalam emas. Terdapat banyak kelebihan dalam melabur dalam emas, dan Public Gold menyediakan peluang yang baik untuk melabur dengan selamat dan berjaya.
Sekiranya rakan-rakan merasakan perkongsian ini akan dapat membantu lebih ramai orang di luar sana meningkatkan kesedaran kewangan sila kongsikan di media sosial anda dengan menekan icon-icon di bawah.