Harga Emas 916 Hari Ini (Public Gold Malaysia)
14 September 2024: Harga emas 916 hari ini (berpandukan harga Public Gold Malaysia), adalah sekitar RM387 per gram. Harga ini mungkin berbeza mengikut tempat jualan dan kedai emas di sekitar kawasan anda.
13 September 2024: Harga emas 916 hari ini (berpandukan harga Public Gold Malaysia), adalah sekitar RM386 per gram.
12 September 2024: Harga emas 916 hari ini (berpandukan harga Public Gold Malaysia), adalah sekitar RM380 per gram.
Memahami Dua Jenis Harga Emas Public Gold
Harga emas public gold terdiri daripada harga akaun emas GAP dan harga emas fizikal. Harga akaun emas GAP dikemaskini setiap 12 tengah malam dan berfungsi sebagai rujukan utama untuk dealer-dealer dalam mengharapkan harga emas hari tersebut.
Sebagai contoh, jika harga akaun emas gap hari ini adalah RM380, dealer-dealer akan mengumumkan bahawa harga pada hari tersebut adalah RM380 segram.
Pentingnya Memahami Perbezaan
Walaupun harga akaun emas GAP menjadi rujukan, harga emas fizikal, yang termasuk goldbar dan dinar, dikemaskini setiap 20 minit berdasarkan harga emas dunia. Ini bermakna, harga fizikal ketika itu mungkin berbeza, seperti contoh RM360, dan tindakan ini diambil untuk memastikan pelabur dimaklumkan tentang perubahan harga terkini.
Oleh itu, memahami perbezaan ini adalah penting untuk membuat keputusan pelaburan yang tepat dan mengetahui strategi yang sesuai ketika melabur dalam emas.