Simpanan Emas GAP Public Gold

Dalam dunia hari ini yang makin mencabar, ramai mula mencari alternatif simpanan yang lebih selamat, patuh syariah, dan bebas inflasi. Salah satu cara yang makin popular ialah melalui akaun GAP Public Gold atau nama penuhnya Gold Accumulation Program. Kalau dulu orang simpan emas dalam bentuk barang kemas atau jongkong besar, sekarang dah boleh simpan emas secara digital dan fleksibel melalui GAP.

Program Simpanan Emas GAP Public Gold ini sebenarnya sangat mesra pengguna. Walaupun kita cuma ada bajet kecil setiap bulan, kita tetap boleh mula simpan emas tanpa perlu beli seketul besar terus. Pendek kata, sesiapa pun boleh mula, tak kira pelajar, suri rumah, pekerja makan gaji atau usahawan.

Adakah Simpanan Emas GAP Public Gold Memamtuhi Prinsip Syariah?

Kita membeli sejumlah gram emas milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun bank syarikat berkenaan. Akad jual beli tersebut termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian gram emas ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli.

Apa Kelebihan GAP?

Dengan GAP, kita mempunyai 2 pilihan. Pertama, kita boleh beli emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. 

Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita melalui pembelian seterusnya. Pilihan kedua, kita beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk fizikal gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

Info Penting GAP Yang Perlu Anda Tahu

Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai ‘tutup akaun'. Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan berbeza nilainya mengikut jenis item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai/online ketika pengambilan emas.

Sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan boleh membuka Akaun GAP. Bagi yang mereka berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

Emas di dalam akaun GAP juga boleh dijual (secara online di dalam akaun GAP) tanpa perlu diambil fizikalnya. Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun pemilik GAP dalam masa 24 jam.

Emas dalam akaun GAP boleh digunakan untuk membeli belah di PG MALL, sebuah online shopping centre milik Public Gold. Daftar akaun PGMall anda di sini.

Siapa Yang Patut Membuka Akaun Emas GAP Public Gold?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya golongan yang berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai keutamaan:

🎯 1. Individu yang Susah Nak Simpan Duit

Kalau anda jenis yang asyik ‘bocor’ duit setiap bulan, akaun emas GAP boleh bantu ajar anda disiplin menyimpan. Bila duit dah tukar jadi emas, ia jadi lebih ‘kebal’ dari gangguan emosi atau belanja mengejut.


👶 2. Ibu Bapa Yang Nak Buat Simpanan Untuk Anak

Akaun emas GAP boleh dibuka atas nama anak, dan ibu bapa sebagai penjaga. Sesuai sangat kalau nak kumpul simpanan pendidikan anak sejak kecil – jauh lebih baik daripada simpan duit yang mudah susut nilai.


💑 3. Pasangan Bakal Berkahwin

Nak kumpul modal kahwin? akaun emas GAP sangat sesuai sebab:

  • Nilainya stabil

  • Tak terguna sesuka hati

  • Mudah keluarkan emas fizikal untuk dijadikan hantaran


💼 4. Golongan Bekerja yang Nak Diversify Simpanan

Kalau anda dah ada simpanan tunai, simpanan KWSP, unit amanah – emas melalui GAP boleh jadi pelengkap portfolio kewangan. Emas bertindak sebagai pelindung nilai (hedging) bila ekonomi tak menentu.


🧕🏻 5. Muslim yang Nak Simpan Secara Patuh Syariah

Akaun emas GAP Public Gold adalah disahkan patuh syariah oleh penasihat bertauliah. Jadi, bagi umat Islam yang nak elakkan riba, akaun GAP adalah pilihan yang tenang di hati.


💰 6. Pelajar, Mahasiswa atau Golongan Gaji Kecil

Minimum cuma RM100 untuk mula, jadi pelajar pun boleh mula menyimpan. Tak perlu tunggu gaji besar untuk miliki emas.


🛒 7. Peniaga Kecil & Penjaja

Golongan ni selalunya terima duit tunai setiap hari. Daripada duit tu habis begitu saja, apa kata tukar sebahagian jadi emas dalam GAP secara konsisten?


👵🏻 8. Warga Emas yang Mahu Simpanan Lebih Stabil

Bagi golongan pencen atau warga emas, simpanan dalam bentuk emas adalah lebih stabil berbanding tunai yang mungkin habis kerana inflasi atau perbelanjaan tak terkawal.


💸 9. Mereka Yang Takut Duit Hilang Nilai

Kalau anda sedar yang RM100 hari ini tak sama nilainya 5 tahun akan datang, maka anda patut simpan dalam emas. Emas menyimpan nilai jangka panjang, dan GAP ialah cara paling mudah, selamat dan mesra pengguna untuk miliki emas.


🤝 10. Sesiapa yang Nak Jana Pendapatan Tambahan Sebagai Dealer

Lepas buka akaun GAP, anda boleh naik taraf jadi dealer Public Gold. Ini peluang untuk bantu orang lain simpan emas dan jana komisen, tanpa modal besar.

Lain-lain Info GAP

Pihak Public Gold akan sentiasa sentiasa mengemaskini harga emas GAP sekali sehari iaitu pada pukul 12 tengah malam. Item-item emas Public Gold seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail).

Baca juga – GAP Public Gold Memudahkan Jual Beli Emas di Malaysia

Sekiranya rakan-rakan merasakan perkongsian ini akan dapat membantu lebih ramai orang di luar sana meningkatkan kesedaran kewangan sila kongsikan di media sosial anda.

Berminat nak mula simpan emas dengan GAP Public Gold?

Klik butang di bawah untuk daftar akaun anda sekarang dan dapatkan bimbingan PERCUMA dari dealer berpengalaman.

DAFTAR SEKARANG

Soalan Lazim (FAQ)

1. Berapa minimum untuk mula simpan GAP Public Gold?

Hanya RM100 sahaja. Kalau lebih, lagi bagus.

2. Boleh tak jual semula emas dalam GAP?

Boleh, terus jual kepada Public Gold. Bayaran dalam 24-48 jam ke akaun bank.

3. Kena bayar zakat tak untuk emas GAP?

Ya, wajib jika cukup nisab dan haul (85 gram dan 1 tahun simpanan).

4. Macam mana nak keluarkan emas fizikal dari akaun GAP?

Log masuk ke eGAP, pilih ‘Redeem’, pilih jenis emas dan lokasi pengambilan.

5. Apa jadi kalau saya tak topup GAP langsung lepas daftar?

Akaun kekal aktif. Cuma tak bertambah gram emas. Boleh topup bila-bila.

error: Content is protected !!
logo loceng

Minat simpan emas? Tapi Belum Ada Ilmu Berkaitan Simpanan Emas?

klik button di bawah untuk join channel perkongsian ilmu emas kami