Semua orang tau penangan duit ni, pantang ada konfem tiba-tiba je nafsu berbelanja membuak-buak. Selagi mana masih nampak banyak angka dalam akaun bank tu, selagi tu rasa ‘berduit'. Konfem nak beli itu beli ini. Walaupun sebenarnya tak perlu.
Sedihkan belum sampai hujung bulan tapi duit gaji dah habis. Lagi parah bila ada yang negatif hujung bulan. Lagi peliknya terima gaji bulan depan, situasi yang sama masih berulang juga. Selagi kita tak ubah sikap dan mindset maka selamanya kita akan terperangkap jadi hamba duit.
Itu sebabnya kenapa simpan duit habis, simpan habis. Asyik bocor. Tapi berbeza sungguh rakan-rakan apabila kita dah mula simpan emas. Bila tukar jer sebahagian gaji kita jadi emas, jalan ceritanya terus berubah 360 darjah.
Penangan emas, simpanan kita bertambah tanpa sedar. Kebanyakan mereka yang mulakan simpanan emas dahulunya adalah seorang yang boros. Tak tau mana perginya semua duit gaji.
Bila dah kenal emas, tak sangka daripada seorang yang boros dah mampu simpan banyak emas. Nilainya dah menyamai puluhan ribu!
Sifat emas ni pelik rakan-rakan. Bermula simpan sikit-sikit jer, tapi lama-lama jadi bukit. Dalam sedar tak sedar kita dah berjaya kumpul ‘aset fizikal' yang dah cecah berpuluh ribu ringgit.
So, setiap kali duit gaji kita masuk pastikan kita tukar sebahagiannya kepada emas. Rakan-rakan sekiranya anda adalah seorang yang selalu gagal simpan duit dalam bank jom start simpan EMAS.
Kerana bahaya simpan duit ni, walau sekuat mana keazaman kita, duit tetap duit. Sifat duit adalah untuk dihabiskan, bukan untuk disimpan.