Kedai Emas vs Public Gold: Mana Lagi Berbaloi untuk Simpanan Emas Jangka Panjang?

Kedai Emas vs Public Gold: Mana Lagi Berbaloi untuk Simpanan Emas Jangka Panjang?

Dalam dunia kewangan hari ini, semakin ramai rakyat Malaysia mula sedar tentang pentingnya simpanan jangka panjang, terutamanya dalam bentuk emas. Tapi timbul satu persoalan besar: nak beli emas dari kedai emas atau beli dengan Public Gold? Dua-dua ada kelebihan tersendiri, tapi dari sudut pandang simpanan jangka panjang, ada banyak perbezaan yang perlu kita faham sebelum buat keputusan.

Jom kita kupas satu-persatu, dan tengok mana satu lagi berbaloi kalau nak simpan emas untuk masa depan.

Public Gold Menjual Emas untuk Pelaburan

Kalau kita tengok pada fungsi utama, kedai emas tradisional biasanya fokus pada emas perhiasan — barang kemas seperti gelang, rantai, cincin. Tujuan utama: dipakai, bukan disimpan untuk pelaburan.

Sebaliknya, Public Gold fokus sepenuhnya pada jual beli emas pelaburan. Emas yang dijual bukan untuk dipakai, tapi disimpan sebagai aset fizikal. Ia datang dalam bentuk:

  • Emas jongkong (gold bar) – 1g hingga 1kg

  • Dinar emas – 1 Dinar = 4.25g

  • Simpanan GAP (Gold Accumulation Program) – simpan emas dalam gram melalui akaun

Kenapa ini penting? Sebab bila kita beli emas pelaburan, kita tak rugi bayar upah tukang, kos design, atau susut nilai yang tinggi. Emas tu memang khas untuk disimpan dan dijual balik bila harga naik.

Baca juga artikel berkaitan – Apa Itu GAP Public Gold?

Public Gold Ikut Harga Emas Dunia, Kedai Emas Ikut Harga FGJAM

Ini mungkin ramai tak tahu.

Public Gold menetapkan harga jual beli berdasarkan harga emas dunia (LBMA – London Bullion Market Association). Harga dikemaskini setiap 20 minit berdasarkan pergerakan pasaran antarabangsa. Maksudnya, kalau harga emas dunia naik, harga Public Gold naik. Kalau turun, dia akan turun.

Manakala kedai emas di Malaysia biasanya ikut harga FGJAM (Federation of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia). Harga ini dikawal lebih kepada permintaan dan penawaran tempatan, serta banyak dipengaruhi oleh kos perhiasan, upah tukang, dan juga markup kedai.

Jadi, kalau nak beli emas pelaburan yang benar-benar refleks kepada pasaran global, Public Gold adalah pilihan yang lebih tepat.

Rugi Jual Semula Emas di Kedai Emas?

Ini pengalaman ramai orang. Bila kita beli barang kemas dari kedai emas, harganya mahal sebab ada upah tukang dan design. Tapi bila nak jual balik?

Susut nilai boleh mencecah 25% hingga 40%!

Bayangkan beli gelang RM1000, bila nak jual semula baru dapat RM600. Itu pun kalau kedai tu nak beli balik. Kadang-kadang, kedai tak nak beli emas yang dibeli dari kedai lain, atau hanya terima untuk trade-in sahaja.

Dengan Public Gold, harga beli balik (buy back) sangat kompetitif. Kita boleh semak sendiri di website dan apps mereka. Susut nilai sekitar 5% – 8% sahaja, dan lagi bagus, Public Gold beli semula semua produk mereka tanpa banyak soal.

Public Gold Adalah Perniagaan Jual Beli Emas 24 Jam

Satu lagi kelebihan besar yang ramai tak tahu — Public Gold beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu! Maksudnya, kita boleh:

  • Lock harga emas bila-bila masa, termasuk waktu tengah malam atau hari cuti.

  • Buat transaksi secara online, tak perlu datang ke cawangan

  • Tebus emas fizikal bila ready, atau biar je disimpan dalam akaun GAP

Bandingkan dengan kedai emas biasa, yang hanya buka ikut waktu operasi biasa (10 pagi – 6 petang), dan biasanya tutup pada hari cuti umum.

Guna Aplikasi Public Gold Untuk Pantau Harga Emas

Nak pantau harga emas setiap hari? Public Gold ada aplikasi mudah alih (Public Gold dan PG Mall) yang boleh dimuat turun di telefon pintar.

Dalam apps ni, kita boleh:

  • Tengok harga jual dan beli semasa

  • Lock harga bila harga emas jatuh

  • Pantau akaun GAP

  • Beli dan jual emas secara automatik

  • Semak sejarah transaksi

Semua di hujung jari. Ini sangat memudahkan untuk mereka yang serius nak buat strategi simpanan dan pelaburan emas secara konsisten.

Baca juga artikel berkaitan – Harga Emas Hari Ini Naik atau Turun?

Boleh 'Lock Harga' Harga Emas Public Gold

Salah satu ciri paling unik dalam sistem Public Gold adalah fungsi “Lock Harga”.

Contohnya: Katakan anda tengok harga emas 1 gram hari ini RM370. Anda rasa harga tu murah, dan tak nak terlepas peluang. Anda boleh terus lock harga tu sekarang walaupun belum bayar lagi.

Selepas lock, anda ada masa 4 hari bekerja untuk buat bayaran dan tebus emas. Ini beri ruang untuk:

  • Elak panik bila harga naik

  • Beli emas ikut bajet bulanan

  • Rancang pembelian emas waktu flash sale

Kedai emas biasa? Tak ada fungsi macam ni. Harga ikut semasa, dan kalau anda lambat, harga naik… memang terlepas la peluang.

Boleh Simpan Emas di Akaun GAP Tanpa Pegang Fizikal

Public Gold juga menawarkan akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) yang membolehkan kita simpan emas dalam bentuk gram tanpa perlu pegang fizikal.

Contohnya: Anda beli RM100 emas. Dapat dalam akaun GAP sekitar 0.27g (ikut harga semasa). Bila cukup gram, boleh:

  • Tebus jadi jongkong

  • Terus simpan dalam akaun

  • Jual semula bila harga naik

Akaun ini sangat sesuai untuk mereka yang nak kumpul emas sedikit demi sedikit, contohnya RM100 – RM300 sebulan.

Public Gold Patuh Syariah dan Diiktiraf Dunia

Kalau anda Muslim, isu patuh syariah adalah sangat penting.

Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas tempatan yang:

  • Disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors

  • Diterima pakai di lebih 11 buah negara

  • Ada auditor luaran yang audit emas sebenar

Ini bermakna setiap gram emas yang kita beli, memang ada fizikalnya dan boleh ditebus bila-bila masa, bukan sekadar nombor atas kertas.

menara Public Gold

Cawangan Public Gold di Seluruh Malaysia

Public Gold bukan syarikat online semata-mata. Mereka ada lebih 20 cawangan fizikal di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Ini memudahkan urusan:

  • Tebus emas

  • Ambil stok

  • Hadir seminar & coaching

  • Urusan jual beli di kaunter

Anda boleh walk-in bila-bila masa untuk urusan emas secara fizikal.

Mana Lagi Berbaloi untuk Simpanan Emas Jangka Panjang?

Kalau anda betul-betul nak simpan emas untuk masa depan, bukan sekadar beli untuk perhiasan, Public Gold jauh lebih berbaloi berbanding kedai emas biasa. Ia lebih fleksibel, lebih mesra pelabur, dan menawarkan:

✅ Harga lebih telus & ikut pasaran dunia
✅ Susut nilai rendah bila jual balik
✅ Fungsi lock harga & urusniaga 24 jam
✅ Boleh simpan dalam akaun GAP secara digital
✅ Patuh syariah & terbukti kukuh di pasaran

Tapi kalau anda hanya nak beli emas untuk pakai masa kenduri, atau suka emas dengan design tertentu, kedai emas tradisional masih relevan. Pilihan di tangan anda. Yang penting, faham beza dan tahu tujuan sebenar anda beli emas.

Kalau anda nak mula simpan emas dengan tenang, selamat dan ikut bajet sendiri, Public Gold adalah pilihan yang bijak. Bila anda dah faham kelebihannya, anda tak akan pandang ke belakang lagi!

Nak mula simpan emas dengan bajet serendah RM100?

Klik button daftar di bawah untuk buka akaun GAP Public Gold secara PERCUMA ➤

DAFTAR SEKARANG

Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah Public Gold sesuai untuk orang baru nak mula simpan emas?
Ya, sangat sesuai. Anda boleh mula serendah RM100 sebulan melalui akaun GAP. Tak perlu beli jongkong terus.

2. Perlu ada akaun bank khas untuk beli emas di Public Gold?
Tidak perlu. Anda boleh guna mana-mana akaun bank untuk pembayaran. Pembelian boleh dibuat secara online.

3. Macam mana nak jadi ahli atau dealer Public Gold?
Pendaftaran percuma. Anda hanya perlu beli emas minimum RM100 untuk buka akaun GAP. Untuk jadi dealer pula, ada minimum pembelian khas (boleh rujuk kempen semasa).

4. Selamat ke simpan emas dalam akaun GAP, bukan pegang emas fizikal?
Ya, selamat. Emas anda di-backup dengan emas fizikal sebenar dan disahkan oleh auditor luar. Boleh tebus bila-bila masa.

5. Ada tak yuran tahunan kalau simpan emas di Public Gold?
Tak ada yuran tahunan. Simpan emas di GAP adalah percuma tanpa sebarang caj simpanan.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
logo loceng

Minat simpan emas? Tapi Belum Ada Ilmu Berkaitan Simpanan Emas?

klik button di bawah untuk join channel perkongsian ilmu emas kami