Akaun simpanan emas GAP Public Gold atau nama lengkapnya Gold Accumulation Program (GAP) adalah kemudahan simpanan emas secara online yang diberikan kepada pelanggan Public Gold.
Ianya adalah salah satu kaedah bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100. GAP yang ditawarkan Public gold ini merupakan kaedah terbaik dan termudah untuk memiliki emas serendah 1 gram di Malaysia.
Adakah Simpanan Emas GAP Public Gold Memamtuhi Prinsip Syariah?
Kita membeli sejumlah gram emas milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun bank syarikat berkenaan. Akad jual beli tersebut termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian gram emas ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli.
Apa Kelebihan GAP?
Dengan GAP, kita mempunyai 2 pilihan. Pertama, kita boleh beli emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan.
Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita melalui pembelian seterusnya. Pilihan kedua, kita beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk fizikal gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.
Info Penting GAP Yang Perlu Anda Tahu
Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai ‘tutup akaun'. Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.
Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan berbeza nilainya mengikut jenis item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai/online ketika pengambilan emas.
Sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan boleh membuka Akaun GAP. Bagi yang mereka berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.
Emas di dalam akaun GAP juga boleh dijual (secara online di dalam akaun GAP) tanpa perlu diambil fizikalnya. Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun pemilik GAP dalam masa 24 jam.
Emas dalam akaun GAP boleh digunakan untuk membeli belah di PG MALL, sebuah online shopping centre milik Public Gold. Daftar akaun PGMall anda di sini.
Siapa Yang Patut Membuka Akaun GAP?
Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya golongan yang berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai keutamaan:
- Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.
- Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.
- Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.
- Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.
Lain-lain Info GAP
Pihak Public Gold akan sentiasa sentiasa mengemaskini harga emas GAP sekali sehari iaitu pada pukul 12 tengah malam. Item-item emas Public Gold seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail).
Baca juga – GAP Public Gold Memudahkan Jual Beli Emas di Malaysia
Sekiranya rakan-rakan merasakan perkongsian ini akan dapat membantu lebih ramai orang di luar sana meningkatkan kesedaran kewangan sila kongsikan di media sosial anda.