Cara Beli Emas Public Gold

Cara Beli Emas Public Gold

Table of Contents
    Add a header to begin generating the table of contents

    Dah lama bercadang nak start simpan emas Public Gold? Tapi takde idea cara beli emas Public Gold. Sebenarnya nak beli emas Public Gold sekarang ini semudah ABC sahaja. Sebelum itu, pastikan anda klik button di bawah untuk daftar terlebih dahulu.

    3 cara beli emas public gold

    Anda boleh beli emas Public Gold dengan tiga cara yang mudah iaitu secara bayaran penuh (Outright Purchase), bayaran ansuran bulanan ataupun secara akaun emas GAP Public Gold. Antara ketiga-tiga kaedah tersebut, pastikan anda pilih ikut kesesuaian masing-masing.

    Cara #1: Bayaran Penuh (Outright Purchase)

    Kepada mereka yang memiliki modal yang mencukupi agak besar iaitu RM1,367 (harga 1 dinar pada 6 November 2023) atau lebih, cara beli emas Public Gold adalah melalui pembelian secara penuh, atau yang lebih dikenali sebagai outright purchase.

    Pembelian penuh bermaksud anda akan memperoleh emas fizikal seperti goldbar dan dinar Public Gold dengan segera melalui tunai, dan emas yang anda beli akan dihantar kepada anda melalui perkhidmatan pos atau anda juga berpeluang untuk mengambilnya di salah satu cawangan Public Gold yang terdekat dengan anda.

    Jika berat emas yang dibeli tidak melebihi 21.25 gram (atau setara dengan 5 Dinar), emas tersebut akan dihantar terus ke pintu rumah anda dengan caj penghantaran sebanyak RM10 melalui perkhidmatan Gold In Transit (GIT). Lebih menariknya, caj penghantaran ini termasuk insurans, yang bermaksud jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan kepada emas tersebut dalam perjalanan, Public Gold akan menggantikannya dengan emas yang baru.

    Namun, jika berat emas yang dibeli melebihi 21.25 gram, anda juga berpeluang untuk mengambil emas tersebut di salah satu cawangan Public Gold yang terdekat dengan anda. Public Gold mempunyai sebanyak 18 cawangan yang tersebar di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, untuk memudahkan anda dalam proses pembelian emas.

    Cara #2: Bayaran Ansuran Bulanan (Syariah EPP)

    Satu lagi cara yang sangat mudah dan fleksibel untuk memiliki emas Public Gold ialah melalui kaedah Syariah Easy Payment Purchase (EPP), yang juga dikenali sebagai pembelian melalui ansuran bulanan.

    Dengan kaedah EPP ini, anda hanya perlu bersetuju untuk membuat pembayaran bulanan kepada Public Gold selama tempoh 6 atau 10 bulan, mengikut jadual harga yang telah dipersetujui. Anda mempunyai pilihan untuk membayar lebih awal atau mengikut jadual bayaran yang ditetapkan oleh syarikat, yang menjadikannya sangat mudah dan mesra pengguna.

    Contohnya, jika harga gold bar BungaMas Series Bar 10g adalah RM3,209 (iaitu harga pada 6 November 2023), anda boleh memulakan pembayaran sebanyak RM320 setiap bulan selama 10 bulan melalui EPP kecuali 1st payment sahaja berbeza kerana dikira sekali dengan gold premium.

    epp 10 gram 10 bulan

    Yang besnya, sepanjang tempoh 10 bulan itu, anda akan mengekalkan harga yang telah ditetapkan pada awal perjanjian, tanpa mengira naik turun harga emas di pasaran. Setelah menyelesaikan pembayaran, anda boleh meminta agar emas tersebut dihantar ke pintu rumah anda atau mengambilnya di cawangan terdekat, terutamanya jika berat emas melebihi 21.25 gram. Itulah cara beli emas Public Gold dengan mudah dan selamat menggunakan kaedah EPP.

    Cara #3: Akaun Simpanan Emas GAP

    Kaedah terakhir yang sangat digalakkan adalah melalui cara beli emas Public Gold dengan menggunakan Akaun Simpanan Emas GAP atau Gold Accumulation Program adalah kaedah pilihan ramai untuk memulakan simpanan emas anda. Dengan kaedah ini, anda boleh memulakan pelaburan emas dengan serendah RM100 sahaja.

    Saya syorkan anda memulakan simpanan emas dengan membeli sekurang-kurangnya 1 gram emas sebagai harga rujukan pertama anda. Apabila anda mempunyai harga rujukan emas pertama, anda akan dapat memantau perubahan harga emas dengan lebih baik. Anda boleh membandingkan harga emas semasa dengan harga benchmark yang anda miliki sebelum ini.

    Konsepnya GAP serupa dengan akaun bank, di mana anda menyimpan duit dalam akaun bank. Dalam hal ini, anda menyimpan emas dalam akaun emas. Emas yang anda simpan dalam akaun ini boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal pada bila-bila masa apabila anda mahu. Jadi, inilah cara beli emas Public Gold yang sangat syorkan untuk orang yang baru nak memulakan simpanan emas Public Gold.

    Salah satu kelebihan utama kaedah Akaun Simpanan Emas GAP adalah fleksibilitinya. Anda boleh menyimpan emas dengan jumlah yang sesuai dengan keadaan kewangan anda. Selain itu, tiada yuran tambahan yang dikenakan, jadi setiap ringgit yang anda belanjakan adalah untuk emas sebenar. Anda juga boleh mengakses Akaun Simpanan Emas GAP anda secara dalam talian, memudahkan anda untuk membuat pembelian emas pada bila-bila masa, di mana sahaja anda berada.

    Copyright © 2024 CantikLink
    error: Content is protected !!

    Minat simpan emas? Tapi Belum Ada Ilmu Berkaitan Simpanan Emas?

    klik button di bawah untuk join channel perkongsian ilmu emas kami