Biar Papa Asal Bergaya?

Biar Papa Asal Bergaya?

“Biar Papa Asal Bergaya” adalah sebuah pepatah yang menggambarkan situasi di mana seseorang sanggup berbelanja lebih daripada kemampuan kewangan mereka semata-mata untuk kelihatan bergaya dan mewah. Fenomena ini sering berlaku dalam masyarakat moden, terutama di kalangan golongan muda yang terpengaruh dengan gaya hidup selebriti dan media sosial.

Biar Papa Asal Bergaya?

Asal Usul dan Makna 'Biar Papa Asal Bergaya'

Ungkapan ini merujuk kepada keinginan untuk menunjukkan status atau imej tertentu walaupun terpaksa berhutang atau menghadapi kesukaran kewangan. “Biar papa” bermaksud sanggup menjadi miskin, manakala “asal bergaya” menekankan kepentingan penampilan dan gaya hidup mewah.

Saat Bermulanya situasi biar papa asal bergaya

Bagi kebanyakan orang bila masuk awal bulan, ramai yang sudah menerima gaji kan? Tetapi apa yang lebih menyedihkan belum masuk separuh bulan ramai antara kita yang sudah kehabisan gaji. Inilah realiti orang zaman sekarang. Sama ada gaji RM3000, RM5000, atau RM10,000, sebaik sahaja masuk ke akaun bank, wang tersebut terus habis digunakan untuk membeli benda-benda yang tidak perlu atau membayar komitmen-komitmen untuk barangan yang tidak sepatutnya dibeli. Inilah akibatnya jika hidup ‘bermewah-mewah' melebihi kemampuan sendiri. Namun, perlu difahami bahawa bagi sesetengah orang, gaya hidup sahaja kelihatan mewah, tetapi sebenarnya, hmph…

Nafsu untuk Nampak Hebat

Kita sebagai manusia ni memang ada nafsu untuk nampak gah, nak kelihatan macam hebat sangat. Kalau boleh kita nak tunjuk dekat semua orang, terutama sekali kita punya circles rapat, yang kita dah berjaya. Sampaikan ada yang sanggup untuk berbelanja lebih daripada kemampuan hanya untuk tunjuk-tunjuk. Memanglah rasa seronok, bila kita tunjuk kita punya kehebatan tu. Tapi bila kita buat benda ni, memang akan ada akibat yang serius.

Impak Gaya Hidup Mewah

Contohlah yang paling common lah, dapat kerja baru. Tak kisahlah yang habis belajar, dapat kerja pertama, ataupun yang dah bekerja for a few years, tiba-tiba dapat kerja yang best. Teringinlah nak tunjuk dekat parents yang life kita dah cantik dan baik. Nak happykan parents lah kononnya. Sebab apa saya kata konon, sebab selalunyalah, salah satu cara yang selalu anda semua buat adalah pergi ambil loan, untuk beli kereta. Kalau nak tunjuk dah capai ‘level-level atas' ni, tak mainlah kereta Proton dengan kereta Perodua, mestilah cari kereta Honda, Toyota, Nissan, Kia, Hyundai.

Usaha yang Salah

Ada pula tu golongan yang kalau bank dah reject pun, dia tak give up, bagus, dia ada semangat juang yang tinggi, dia berusaha, tapi berusaha dia untuk perkara yang salah. Dia pergi ambil personal loan, untuk beli kereta tu. Itu pun kadang-kadang dia beli kereta secondhand je. Dan ada juga yang pergi pinjam duit daripada Ahlong. Ini kisah benar. So bila anda dah dapat kunci kereta tu anda pun mulalah tersenyum. Anda bawalah kereta tu keliling kampung, memang konfem Mak Ayah anda pun tumpang bangga sekali.

Beban Hutang

Tapi, bila anda balik rumah je, anda terpaksa kerja keras. OT terpaksa buat tiap-tiap hari. Kalau tak dapat OT pergi complain kat Bos. Last sekali anda sendiri tak ada masa untuk rehat. Kalau sakit pun terpaksa buat kerja juga, sebab apa? Sebab anda sendiri tahu, anda punya duit asal tu, duit gaji anda tu, mana nak cukup untuk bayar balik semua you punya kemewahan tu. Sudah tentu ada juga sudah banyak contoh di mana, kereta tu tak bergerak, boleh bayar installment bulan-bulan pun dah cukup baik. Janji orang tahu anda ada kereta baru, tapi nak bayar duit minyak, nak bayar duit tol, ataupun kalau tayar dia pancit ke, anda tak mampu untuk bayar.

Pembelian Gadget Mahal

Satu lagi contoh yang boleh dilihat ialah pembelian telefon baru. Telefon Android, Samsung, atau Xiaomi sudah tidak menarik perhatian. Anda sanggup memilih untuk membeli iPhone 15 Pro Max yang berharga sehingga RM6K-RM8K, walaupun pendapatan kadang-kadang tidak melebihi RM2000 pun.

Anda mungkin menganggap remeh kerana terdapat banyak kedai yang menawarkan pakej bayaran ansuran. Namun, perhatikan bahawa penjual jarang sebut harga sebenar atau tempoh ansuran dengan jelas. Ini bertujuan supaya anda buat-buat tak nampak jumlah bayaran sebenar, misalnya RM500 sebulan selama 24 bulan, yang menjadikan jumlah keseluruhan RM12,000 untuk telefon yang asalnya bernilai RM8000. Kedai-kedai ini tidak memberitahu risiko jangka panjang yang anda akan fadapi. Ini jelas memperlihatkan kecenderungan manusia untuk berfikir secara jangka pendek, mengutamakan kepuasan segera berbanding kesihatan kewangan jangka panjang.

Jangka Masa Pendek vs Jangka Masa Panjang

Itu yang anda rasa seronok tu bila, anda pakai handphone mahal tu, bila anda pegang tu dengan dia punya 3-4 lens, anda rasa bangga bila orang tengok wow pakai handphone mahal. Tapi benda ni cuma berapa saat je. Anda sanggup korbankan masa depan yang lebih baik. Sebabnya apabila anda menggunakan pelan ansuran sebenarnya anda pinjam daripada pendapatan diri sendiri yang akan datang. Silap haribulan kalau anda tak mampu bayar, boleh diisytiharkan bankrap. Majoriti daripada kita memang dah tahu kesan buruk bergaya dengan duit masa depan. Terutama sekali anda yang ambil hutang lebih daripada kemampuan sendiri.

Gaji dan Perbelanjaan

Lepas tu anda bayangkan ya kalau gaji anda naik. Kalau perangai anda dah macam ini belum naik gaji lagi anda sudah pelan nak beli itu ini. Bila gaji anda naik, anda bukannya fikir nak tambah simpanan tetapi anda tambah komitmen (beban). Anda nak lebih bermewah-mewah. Sebab bila anda dah pakai iPhone 15 Pro Max tu, tapi belum ada kereta Honda, bila gaji dah naik, dah ada bajet untuk beli kereta Honda, itu yang anda dah rancang. Sebenarnya bukan tak boleh kita untuk belanja ikut kehendak, tapi anda kena berbelanja ikut kemampuan.

Kaedah Pengurusan Kewangan 50-30-20

Kalau anda dapat gaji, sebagai contoh RM2000, bersih ya. Cadangan saya adalah ikut bajet 50-30-20. Mudah, tak payah nak pening-pening tulis sana sini.Biasanya anda mudah lupa. Lepas tu anda terus tak buat. So dalam RM2000 tu, 50% adalah had untuk anda bayar keperluan, contohnya macam rumah. Tak kisahlah installment rumah ataupun sewa rumah. Bergantung kepada keutamaan anda. Barang dapur, petrol, internet, handphone, yang mana-mana yang perlulah. Lagi 20%, ataupun RM400 anda simpan. Pastikan jangan kurang. Kalau anda gagal simpan RM400, anda dah gagal. Ada benda lain yang makan terlalu banyak dalam anda punya bajet. Ha lepas tu baki 30% tu ataupun RM600, barulah anda guna untuk apa-apa anda nak.

Contoh Pengurusan Kewangan

Sebagai contoh kalau anda nak sangat bawa kereta Honda Civic ketam. Anda boleh pergi check dekat tempat sewa kereta seperti SOCAR sebagai contoh. Anda nak sewa kereta tu RM200 ke RM300 sehari pun, tak apalah anda buat jer lah. Bawalah pergi mana-mana at least anda punya perbelanjaan tu tidak melebih bajet RM600 tu. Bajet untuk seronok-seronok. Biarlah apa orang nak kata.

Pelaburan dan Simpanan

Pelaburan dan simpanan adalah dua konsep yang penting dalam pengurusan kewangan seseorang. Pelaburan merujuk kepada aktiviti menempatkan wang dalam aset atau instrumen kewangan dengan harapan untuk mendapatkan pulangan atau keuntungan yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang. Ia melibatkan risiko, di mana prestasi pelaburan boleh naik atau turun bergantung kepada pasaran dan keadaan ekonomi.

 

Di sisi lain, simpanan merujuk kepada amalan menyimpan sebahagian daripada pendapatan atau wang tunai dalam akaun bank atau instrumen kewangan yang membolehkan anda menyimpan wang dengan selamat dan mengaksesnya pada masa akan datang. Simpanan lebih bersifat konservatif dan cenderung memberikan pulangan yang lebih rendah berbanding pelaburan, tetapi memberikan kestabilan dan aksesibiliti wang dalam keadaan kecemasan atau untuk tujuan tertentu seperti membeli rumah atau persediaan persaraan.

 

Pelaburan biasanya melibatkan risiko yang lebih tinggi tetapi menawarkan potensi pulangan yang lebih besar, manakala simpanan memberikan perlindungan dan kestabilan wang. Penting untuk memahami perbezaan antara kedua-dua konsep ini serta memilih strategi yang sesuai dengan matlamat kewangan peribadi anda, tahap risiko yang anda sanggup ambil, dan jangka masa pelaburan atau simpanan yang diinginkan.

Kesan Hidup Berlebihan

Kesan hidup berlebihan merujuk kepada impak negatif yang timbul apabila seseorang menghabiskan lebih daripada yang mampu mereka tanggung. Amalan ini sering kali membawa kepada masalah kewangan yang serius seperti berhutang secara berlebihan, kekurangan simpanan, dan risiko diisytiharkan bankrap jika tidak mampu untuk menanggung hutang.

Selain itu, gaya hidup yang mewah tanpa mengira kemampuan juga boleh mengakibatkan tekanan emosi dan mental yang besar, mempengaruhi kestabilan peribadi dan hubungan keluarga. Hidup berlebihan juga boleh menghalang potensi untuk merancang masa depan dengan bijak, membataskan kemampuan untuk menabung atau melabur untuk keperluan jangka panjang seperti persediaan persaraan atau pendidikan. Oleh itu, penting untuk memahami bahawa menguruskan kewangan dengan bijak dan hidup mengikut kemampuan adalah penting untuk kestabilan dan kesejahteraan jangka panjang.

Perancangan Kewangan

Sebab macam saya kongsikan tadi, naik gaji je bukan anda nak tambah simpanan tetapi anda pergi tambah beban yang baru. If that thing happens to you, memang anda sakit. Jangan bila dah susah nanti baru nak menyesal. Bila dah kena buang kerja, bila bisnes anda dah rugi, anda dah terduduk sebab anda takde perancangan kewangan yang betul. Bila anda tak ada simpanan. Lepas tu anda nak salahkan semua ahli keluarga sebab tak nak tolong. Tak adil kepada ahli keluarga anda. Sebab waktu anda senang, anda enjoy tak ingat dunia. Sebetulnya waktu kita senang kita wajib simpan duit.

Bertanggungjawab Atas Kewangan: Biar Papa Asal Bergaya

Mengurus kewangan dengan bijak adalah kunci untuk mencapai keseimbangan dalam kehidupan. Dengan tanggungjawab yang betul, anda boleh kelihatan bergaya tanpa perlu berbelanja lebih. Konsep “biar papa asal bergaya” membuktikan bahawa anda masih boleh tampil menarik dan elegan dengan pengurusan kewangan yang berhemat. Berikut adalah beberapa strategi untuk membantu anda bertanggungjawab atas kewangan sambil mengekalkan gaya.

Bila anda dah belajar baik-baik, anda dah tahu yang mana adalah keputusan yang terbaik buat anda. Tetapi pastikan berpandukan ilmu yang anda dah belajar, barulah anda ada keyakinan diri, tak kisahlah apa orang cakap. Anda tak perlu lagi nak beli barang itu ini untuk tunjuk dekat orang. Sebab tak guna pun.

Strategi untuk Bertanggungjawab Atas Kewangan

  • Buat Bajet Bulanan: Sediakan bajet bulanan yang jelas untuk memantau pendapatan dan perbelanjaan anda. Tetapkan had untuk setiap kategori perbelanjaan, termasuk pakaian dan aksesori.

  • Utamakan Keperluan Berbanding Kehendak: Fokuskan perbelanjaan kepada keperluan asas terlebih dahulu sebelum memikirkan keinginan. Ini membantu mengelakkan pembelian impulsif yang tidak perlu.

  • Cari Alternatif Murah: Banyak barang berkualiti tinggi boleh didapati pada harga lebih rendah jika anda tahu di mana hendak mencarinya. Misalnya, kedai bundle atau platform secondhand menawarkan pilihan yang bergaya tanpa kos tinggi.

  • Simpan dan Melabur: Setiap bulan, cuba simpan sebahagian daripada pendapatan anda untuk simpanan dan pelaburan. Ini akan memastikan anda mempunyai dana kecemasan dan menambah nilai kepada aset anda.

  • Gunakan Diskaun dan Promosi: Sentiasa cari diskaun, promosi, dan jualan murah. Dengan cara ini, anda boleh mendapatkan barang yang anda inginkan pada harga yang lebih rendah.

Bergaya dengan Barang Secondhand: Biar Papa Asal Bergaya

Mahu bergaya tanpa mengeluarkan belanja besar? Pilihan untuk menggunakan barang bundle, secondhand, used, atau preowned adalah penyelesaiannya. Dengan trend yang semakin popular ini, anda boleh kelihatan bergaya dan eksklusif tanpa membebankan poket anda. Slogan “biar papa asal bergaya” menggambarkan dengan sempurna bagaimana anda boleh mengekalkan penampilan menarik dengan pilihan barang yang lebih mesra bajet.

Kelebihan Barang Secondhand, Used atau Preowned

  • Penjimatan Kos: Barang secondhand biasanya jauh lebih murah berbanding barang baru.
  • Kepelbagaian dan Keunikan: Anda boleh menemui barangan yang unik dan mungkin tidak lagi dihasilkan.
  • Mesra Alam: Membeli barang secondhand membantu mengurangkan jumlah barangan yang dibuang dan mengurangkan jejak karbon.
  • Kualiti Terjamin: Banyak barang secondhand yang dijual adalah dalam keadaan baik dan berkualiti tinggi.

Tips Bergaya dengan Barang Secondhand

  • Periksa Kualiti: Sentiasa pastikan barang yang dibeli dalam keadaan baik. Periksa sebarang kerosakan atau kekurangan sebelum membeli.
  • Gaya Vintage: Barang secondhand sering kali mempunyai elemen gaya vintage yang unik. Gabungkan dengan aksesori moden untuk penampilan yang lebih menarik.
  • Mix and Match: Gabungkan barang secondhand dengan pakaian atau aksesori baru untuk mencipta gaya peribadi yang unik.
  • Cari Kedai Terpercaya: Belilah dari kedai atau platform yang mempunyai reputasi baik untuk memastikan anda mendapat barangan yang berkualiti.
  • Kreativiti: Gunakan kreativiti untuk mengubahsuai atau memperbaharui barangan secondhand untuk menjadikannya lebih sesuai dengan citarasa anda.

Bergaya dengan barang secondhand, used, atau preowned bukan sahaja dapat menjimatkan wang, tetapi juga memberikan peluang untuk mengekspresikan gaya peribadi dengan cara yang mesra alam.

Dengan mengamalkan pembelian barang secondhand, anda tidak hanya berjimat tetapi juga menyokong usaha ke arah kelestarian. Jadi, jangan risau tentang belanja besar, kerana dengan barang secondhand, anda masih boleh bergaya – biar papa asal bergaya!

Kesimpulan

Secara keseluruhan, penting untuk kita mengawal gaya hidup dan perbelanjaan mengikut kemampuan sebenar kita. Jangan amalkan sikap ‘Biar Papa Asal Bergaya'. Mengambil tindakan proaktif dalam mengurus kewangan, termasuklah menyimpan dan mengelakkan hutang yang berlebihan, adalah langkah penting untuk memastikan kestabilan kewangan jangka panjang. Dengan memahami kesan negatif ‘biar papa asal bergaya', kita dapat memastikan bahawa setiap keputusan kewangan yang dibuat adalah bertanggungjawab dan berpijak pada keadaan sebenar kita.

Copyright © 2024 CantikLink
error: Content is protected !!

Minat simpan emas? Tapi Belum Ada Ilmu Berkaitan Simpanan Emas?

klik button di bawah untuk join channel perkongsian ilmu emas kami