Pernah tak anda dengar orang cakap, “Eh, kenapa harga emas Public Gold mahal sangat?” atau “Beli emas kat kedai emas biasa lagi murah.” Kalau ya, anda bukan seorang sahaja yang pernah terdengar – malah ini antara soalan paling popular dalam dunia simpanan dan pelaburan emas di Malaysia.
Tapi… betul ke harga emas Public Gold memang lebih mahal berbanding tempat lain? Atau sebenarnya kita yang belum faham bagaimana sistem harga emas Public Gold ini berfungsi? Artikel kali ini akan bongkarkan segalanya – dari struktur harga, perbandingan logik, sampai kepada strategi anda boleh gunakan untuk maksimumkan manfaat dari harga emas Public Gold. Jadi, teruskan membaca kalau anda serius nak simpan emas dengan bijak.
🔔 Disclaimer Penting Sebelum Kita Teruskan…
Public Gold bukanlah sebuah kedai emas konvensional seperti yang kita lihat di pusat beli-belah atau kompleks perniagaan. Syarikat ini sebenarnya beroperasi sebagai pembekal emas fizikal tulen 999.9 (24K) yang memfokuskan kepada edukasi, simpanan, dan pelaburan emas jangka panjang. Ia menawarkan produk emas dalam bentuk jongkong (gold bar) dan dinar, bukan barang kemas berhiaskan batu permata atau rekaan fesyen.
Oleh itu, sebarang perbandingan antara harga emas Public Gold dengan kedai emas biasa mestilah dibuat secara adil dan berdasarkan kepada kategori emas yang setara – iaitu dari segi ketulenan, tujuan pembelian, dan juga kos keseluruhan termasuk upah dan spread.
Artikel ini ditulis untuk memberi kefahaman kepada pembaca yang masih tertanya-tanya “kenapa harga emas Public Gold nampak mahal”, dan bagaimana sebenarnya ia boleh jadi pilihan lebih bijak jika difahami secara menyeluruh.
Apa Sebenarnya Maksud 'Harga Emas Public Gold'?
Pertama sekali, kita perlu faham maksud sebenar apabila orang sebut “harga emas Public Gold”. Ia merujuk kepada harga yang ditetapkan oleh syarikat Public Gold untuk jualan dan belian emas fizikal mereka. Harga ini bukan statik, malah berubah hampir setiap 20 minit, mengikuti turun naik harga emas dunia (gold spot price) dan juga nilai mata wang Ringgit Malaysia.
Jika anda bandingkan harga emas Public Gold dengan harga di kedai emas biasa, memang nampak seolah-olah Public Gold lebih mahal. Tapi adakah ini satu kelemahan? Belum tentu. Jom kita gali lebih dalam.
Kenapa Harga Emas Public Gold Nampak Lebih Mahal?
Berikut ialah sebab-sebab utama kenapa harga emas Public Gold kelihatan lebih tinggi daripada harga emas di kedai:
Public Gold Jual Emas 24K (999.9) Sahaja
Core bisnes Public Gold sebenarnya adalah menjual emas dengan ketulenan 999.9 (24K) untuk semua produk emas jongkong dan dinar. Ini adalah emas paling tulen yang diiktiraf antarabangsa. Berbanding kedai emas biasa yang lebih banyak menjual emas 916 (22K) ataupun barang kemas, secara logiknya – semakin tulen emas itu, semakin tinggi nilainya.
Bahkan sekiranya membeli emas daripada beberapa kedai tersohor di Malaysia sperti Hxxxx Jxxxx dan Pxx Kxxx pun beza spread emas mereka jauh lebih tinggi Public Gold.
Jadi apabila anda lihat per gram harga emas Public Gold lebih tinggi, itu kerana ia bernilai lebih tinggi dari segi ketulenan.
Tiada Caj Upah atau Kos Tersembunyi
Harga emas Public Gold ialah harga bersih. Apa yang anda nampak di laman web, itulah yang anda bayar. Tiada caj upah, tiada caj tersembunyi, tiada GST. Berbeza dengan kedai emas yang biasanya mengenakan kos upah antara RM20 hingga RM100 bergantung kepada rekaan.
Jadi walaupun nampak harga emas Public Gold lebih mahal di permukaan, sebenarnya jumlah keseluruhan pembelian anda mungkin lebih rendah bila dibandingkan secara adil.

Harga Telus dan Dikemaskini Secara ‘Real-Time’
Satu kelebihan ketara sistem harga emas Public Gold ialah ketelusan dan kemas kini masa nyata. Anda boleh semak harga terkini di laman web rasmi Public Gold tanpa perlu masuk kedai, tanpa perlu tanya jurujual. Ini membina kepercayaan – anda tahu berapa yang anda bayar dan berapa nilai semasa emas anda.
Perbandingan Harga Emas Public Gold vs Kedai Emas
Mari kita buat perbandingan berdasarkan senario sebenar:

Spread Harga: Perkara Ramai Tak Tahu Tapi Penting
Apa itu spread? Ia adalah beza antara harga belian dan jual balik. Spread Public Gold adalah antara 6% hingga 9%, bergantung kepada jenis produk. Kedai emas pula, spread boleh mencecah 25% – 30%. Itu sangat besar!
Sebagai contoh:
Anda beli 10g emas Public Gold dengan harga RM4,905.
Public Gold mungkin beli balik dengan harga RM4,464.
Anda rugi RM441 (spread lebih kurang 9%) — tapi ini jauh lebih rendah berbanding kedai emas yang mungkin beli semula 10g emas RM4,905 dengan hanya RM3,678 (spread lebih 25%).
Jadi, spread yang rendah menjadikan harga emas Public Gold lebih mesra penyimpan.
Strategi Bijak Maksimumkan Harga Emas Public Gold
Sudah tahu asas? Sekarang masa untuk bertindak cerdik. Anda boleh guna strategi berikut untuk maksimakan nilai dari harga emas Public Gold:
✅ Guna Akaun GAP
Mulakan dengan serendah RM100. GAP (Gold Accumulation Program) benarkan anda kumpul emas sedikit demi sedikit berdasarkan harga emas Public Gold semasa. Tak perlu beli sekaligus.
✅ Beli Secara EPP (Ansuran)
Guna Easy Payment Purchase – beli emas dengan bayar secara ansuran selama 4 bulan atau 10 bulan tanpa caj tambahan. Bila harga emas tengah rendah, inilah masa paling sesuai guna EPP.
✅ Beli Ketika Promosi
Public Gold selalu buat promosi khas – kadangkala dengan cashback, lucky draw, atau peluang jadi dealer percuma (bergantung keoada terma & syarat). Bila ada promosi, harga emas Public Gold jadi lebih berbaloi dari biasa.
✅ Jadi Dealer Public Gold
Ini jalan untuk buat duit tambahan dari emas. Anda bukan sekadar penyimpan, tapi juga boleh jana komisen bila kawan-kawan beli emas melalui anda. Harga dealer juga lebih rendah dari harga biasa.
Apa Kata Penyimpan Emas Public Gold?
Ramai penyimpan tegar emas memilih Public Gold kerana:
Boleh mula simpan walaupun bajet kecil
Jaminan emas tulen 999.9
Boleh jual balik 24 jam secara online
Komuniti dan sokongan edukasi yang kuat
Tak perlu simpan emas di rumah (boleh simpan di peti simpanan PG)
Jadi, bila orang tanya “kenapa harga emas Public Gold mahal?” – jawapan sebenarnya bukan semata-mata pada harga per gram, tetapi pakej keseluruhan nilai, servis, dan kemudahan yang ditawarkan.
Fakta Yang Sebenar
Sekarang tiba masa untuk anda fikir semula – adakah benar harga emas Public Gold lebih mahal, atau sebenarnya ia lebih bernilai?
Kadangkala, murah itu bukan jimat. Mahal itu bukan rugi. Apa gunanya beli emas murah, tapi susah nak jual balik? Atau beli emas tak tulen, tapi rasa ‘puas hati’? Jika anda benar-benar serius nak simpan emas sebagai alat perlindungan kewangan, lindung nilai dari inflasi, dan warisan untuk keluarga – ketelusan dan kepercayaan jauh lebih penting dari harga semata-mata.
Ambil langkah bijak hari ini. Mula dengan serendah RM100 dalam akaun GAP. Pantau sendiri harga emas Public Gold setiap hari. Belajar tentang spread, potensi keuntungan dan strategi yang sesuai dengan kemampuan anda. Dan bila anda dah yakin, barulah melangkah lebih jauh – mungkin menjadi dealer dan bantu orang lain juga.
Kerana dalam dunia emas, bukan siapa yang beli paling banyak yang menang – tapi siapa yang faham sistem dan guna strategi dengan bijak. Jadi, adakah anda bersedia? Harga emas Public Gold bukan beban, tapi batu loncatan – kalau anda tahu cara maksimakannya.
Mula Simpan Emas Sekarang – Serendah RM100!
👉 Klik BUTTON di bawah untuk daftar akaun Emas GAP Public Gold anda hari ini.
DAFTAR SEKARANG