Akaun Gold Accumulation Program (GAP) adalah salah satu kaedah penyimpanan emas berketulenan 999.9 (24K) secara sedikit demi sedikit serendah RM100 secara online.
Konsepnya sama seperti akaun bank online, bezanya akaun GAP akan memaparkan simpanan gram emas manakala akaun bank memaparkan simpanan wang ringgit anda.
Selain itu Public Gold ada juga menyediakan Akaun Simpanan Perak secara online – Silver Accumulation Program (SAP).
Klik video di bawah untuk fahami cara membuat pendaftaran akaun emas GAP Public Gold
Klik video di bawah untuk fahami cara membuat pembelian pertama akaun emas GAP Public Gold
“Sebelum kenal emas, duit saya selalu bocor. Kerja dah 2 tahun tapi tiada simpanan. Lepas kenal emas Public Gold, Alhamdulillah simpinan semakin bertambah.”
“Saya suri rumah sepenuh masa. Saya start simpan emas sejak Januari 2017. Selepas 6 bulan, saya berjaya kumpul sampai 5 dinar (anggaran ketika itu RM5700). Kalau simpan duit, rasanya dah jadi sofa baru.”
“21 tahun bekerja, saya susah nak istiqamah menyimpan duit. Tapi selepas 3 tahun kenal Public Gold, dah banyak gram emas saya berjaya disimpan.”
Tidak! Public Gold Marketing Sdn Bhd tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana bank. Public Gold Marketing Sdn Bhd adalah syarikat jual beli emas dan perak.
Harga emas GAP berubah setiap 24 jam pada jam 12 tengah malam berdasarkan harga emas dunia pada ketika itu. Walaupun harga emas dunia naik atau turun pada siang hari, harga emas GAP kekal sehingga jam 12 malam berikutnya.
Tidak! Tiada komitmen wajib bulanan. Anda boleh beli emas bila bila masa anda suka. Walaupun sudah berbulan tidak beli emas, akaun GAP anda kekal aktif. Berapa jumlah pembelian anda jugak terpulang pada anda asalkan minimum RM100 (tiada had maksima jika mahu beli lebih)
Tidak! Jika berlaku kematian, waris yang dilantik sebagai pentadbir harta pusaka boleh hadir ke mana mana cawangan Public Gold untuk menuntut simpanan emas dalam akaun GAP simati.
Boleh! Emas dalam akaun GAP boleh dijual atau dipajak terus melalui akaun GAP kepada Public Gold dan wang anda akan dimasukkan terus ke dalam bank akaun anda. Tiada upah simpanan dikenakan. Simpanan adalah percuma.
Tidak! Salah satu syarat untuk mendapatkan pengesahan patuh syariah adalah kesediaan syarikat untuk menyediakan emas fizikal pada bila bila masa apabila penyimpan emas ingin mengeluarkan emas fizikal. Setiap kali penyimpan emas membeli emas melalui akaun GAP, Public Gold akan menambah stok emas fizikal dan disimpan di Public Safe (Safe Deposit Company)
Tidak! PIDM hanya melindungi syarikat perbankan dan tidak melindungi syarikat jual beli emas. Walau bagaimanapun, semua emas yang disimpan di Public Safe dilindungi insurans oleh Lonpac Insurance Berhad.
Ya! Semua jenis emas simpanan termasuk emas GAP, goldbar atau emas perhiasan yang tidak dipakai perlu dibayar zakat apabila cukup atau melebihi 85 gram dan cukup tempoh pemilikan iaitu 1 tahun. Zakat yang perlu dikeluarkan hanyalah 2.5% dari nilai emas semasa.
Dalam Public Gold, simpanan emas anda adalah hak milik anda. Tiada tempoh matang! Anda boleh keluarkan emas fizikal, jual atau pajak emas anda pada bila bila masa anda mahu.
Tidak! Untuk daftarkan akaun Public Gold, tiada yuran pendaftaran dikenakan. Pendaftaran adalah percuma. Untuk menyimpan emas dalam akaun GAP juga tidak dikenakan caj simpanan. Anda hanya perlu bayar untuk membeli emas sahaja.
Harga GAP berubah setiap hari pada jam sekitar 12 malam sementara harga fizikal berubah setiap 20 minit, oleh itu dalam satu-satu masa, harga GAP lebih rendah atau tinggi dari harga fizikal
Selain itu, harga GAP sama bagi setiap gram, tetapi harga fizikal tidak sama. Lebih besar gram emas fizikal, lebih rendah harga per gram
Beza paling ketara ialah ukuran dan design. Berat 1 dinar ialah 4.25 gram. Dari segi design, set dinar bentuk bulat sementara gold bar Bungamas atau Tai Fook bentuk petak.
© 2024 cantiklink.com