Bagaimana Kereta Jepun Serang Pasaran Amerika Pada Tahun 70an

Bagaimana Kereta Jepun Serang Pasaran Amerika Pada Tahun 70an

Masa krisis ekonomi dunia pada tahun 1970an dulu, pengeluar kereta kat US susah nak jual kereta. Bayangkan brand macam Ford, Chrysler, Chevrolet pun orang tak boleh nak beli sebab tak mampu. Tapi…

 

Brand kereta dari Jepun boleh jadi top selling brand masa tu. Kualiti dan jenama kereta-kereta Jepun takde la hebat mana pun masa tu. Kebanyakan syrarikat ni hampir bankrap lepas perang dunia ke-2.

Contoh Toyota, pernah setahun cuma boleh produce 300 buah kereta je sebab takde bajet. Tapi kenapa kereta Jepun boleh pegang market US, dan sekarang market dunia?

Study apa pelanggan nak

Masa zaman krisis tu, orang tak mampu nak beli kereta. Tapi orang tetap kena beli kereta sebab keperluan. Nak pergi kerja pakai kereta. Nak berjalan dengan famili pakai kereta. Kira zaman tu, tak boleh takde kereta. Sama macam zaman sekarang orang takde handphone, tak boleh hidup.

 

Result: Orang tetap KENA beli kereta.

Study apa kelemahan pesaing

Nak masuk market US bukan senang. Bukan setakat brand US je, brand kereta dari eropah pun berlambak dalam market ni. Jenama ni semua ada peminat sendiri, tapi masih ada kelemahan. Antara masalah kepada jenama-jenama ini ialah:

 

Enjin besar, kuat makan minyak.

Sistem elektrik yang cepat rosak.

 

 

Result: Orang hati-hati nak beli kereta. Walaupun mampu milik, tapi TAK CEPAT ROSAK.

STUDY APA KELEMAHAN KERETA SENDIRI.

Kenapa Orang Tak Pandang Brand Jepun? Dari segi specs dan design terutamanya, tak berapa kena dengan market US.

 

Result: Orang berjimat tapi tetap ADA taste. Jadi apa yang syarikat kereta Jepun ni buat Enjin kereta yang ringan sesuai dengan berat kereta untuk jimatkan minyak.

 

Kurangkan kos production dengan keluarkan 3 warna je untuk 1 model supaya harga jual jadi murah dan mampu milik.

 

Guna komponen dari Jepun yang jauh lagi murah tapi teknologi tetap kena dengan selera US. Contoh sistem elektrik dari jenama Nippondenso.

 

Apa yang kita boleh belajar dari syarikat kereta dari Jepun ni?

 

Menjual akan jadi SUSAH kalau kita fokus pada PRODUK kita je.

 

Menjual akan jadi SENANG kalau kita fokus apa PELANGGAN NAK.

 

Penat buat iklan tapi takde hasil? Jom belajar buat copywriting iklan dengan cara yang betul

 

Copyright © 2024 CantikLink
error: Content is protected !!

Minat simpan emas? Tapi Belum Ada Ilmu Berkaitan Simpanan Emas?

klik button di bawah untuk join channel perkongsian ilmu emas kami