Buat Duit Melalui Update Post Facebook

Buat Duit Melalui Update Post Facebook

Aku dulu tak pernah terfikir hanya dengan berkongsi maklumat tentang minat atau secebis ilmu yang kita ada di post Facebook (FB) dapat berikan extra income.

Dulu aku ingat bila buka akaun FB hanyalah tempat bersosial semata-mata. Tapi rupa-rupa FB ni dah jauh melangkaui semua tu.

FB bagi aku dah macam satu universiti kehidupan. Dah banyak ilmu yang aku dapat daripada FB ni. Daripada ilmu bisnes sehinggalah ilmu psikologi manusia.

Dulu aku pantang ada orang ‘cucuk buntut' pasal politik sikit, memang konfem aku naik angin. Berbeza sekarang, aku dah tak pandang post-post politik lagi.

Sekarang aku akan cuba sebaik mungkin untuk kongsikan sesuatu dalam post aku dengan ilmu/info yang dapat beri nilai tambah kat rakan-rakan FB yang baca.

Betulkan Niat Berkongsi di Post Facebook

Jangan rakan-rakan takut untuk berkongsi ilmu. Walaupun bagi sesetengah orang, ilmu yang kita share itu adalah sesuatu remeh pada mata orang lain.

Abaikan orang yang pandang rendah kat kita. Niatkan perkongsian kita itu dengan ikhlas.

Takde idea nak menulis? Dont worry Bos. Ikut style aku. Cuba taip dulu 1-2 ayat. Insyaallah pastu akan datang idea lain menyusul. So keywordnya kat sini “Jom mulakan walaupun hanya dengan sepatah perkataan”.

Paling penting mesti konsisten menulis. Paling malas pun 3-4 hari buat satu post. Aku sendiri belum mampu nak menulis 1 post 1 hari. Tapi kita takde pilihan lain rakan-rakan semua. Nak jadi mahir memang kena paksa diri.

Nak berjaya takde shortcut rakan-rakan. Tapi ada cara yang dapat memudahkan kita capai target untuk mahir menulis.

Copyright © 2024 CantikLink
error: Content is protected !!

Minat simpan emas? Tapi Belum Ada Ilmu Berkaitan Simpanan Emas?

klik button di bawah untuk join channel perkongsian ilmu emas kami