6 Tips Memaksimakan Penggunaan Hashtag di Instagram

6 Tips Memaksimakan Penggunaan Hashtag di Instagram

Ada lagi ke yang belum tau hastag tu apa? Hashtag adalah simbol yang bentuk tanda pagar (#). Mulanya penggunaan hashtag di media sosial diperkenalkan oleh Twitter sekitar pertengahan tahun 2009.

Seiring dengan kemajuan teknologi, penggunaan hashtag semakin popular dan digunakan di pelbagai platform media sosial lain seperti Facebook dan Instagram.

Jika korang berniaga online terutamanya di Instagram, pastikan korang maksima penggunaan hashtag.

Apa Fungsi Sebenar Hashtag?

Hashtag berfungsi sebagai satu kaedah untuk mengelompokkan atau mengkategorikan suatu tema, topik, atau konten tertentu ke dalam satu group yang khusus, sehingga memudahkan orang untuk mencari informasi yang berkaitan.

Di dalam dunia online marketing, hashtag membolehkan sesuatu produk atau bisnes korang mudah dicari dan ditemukan prospek yang lebih targeted.

Sebagai contoh, ketika ada prospek yang sedang mencari jersi bolasepak di Instagram dengan hashtag #jersi, maka Instagram akan menampilkan semua post yang mempunyai hashtag tersebut.

Setiap hari ada berjuta-juta gambar dan video yang dipost di Instagram, baik untuk tujuan bisnes mahupun sekadar suka-suka. Dengan jumlah yang melampau banyak tersebut, konfem makin payah untuk mencari konten yang terlalu umum.

So di sinilah hashtag memainkan peranan pentingnya memudahkan orang untuk mencari post/konten tepat.

So Bagaimana Caranya Memaksimakan Hashtag Sebagai Salah Satu Strategi Pemasaran?

Berikut ini 6 tips yang boleh korang buat di dalam post untuk memaksimakan fungsi hashtag di Instagram:

1. Gunakan Hashtag Tokoh Terkenal

Gunakan hashtag dengan nama tokoh-tokoh ternama tetapi pastikan ianya relevan dengan konten/produk korang. Jangan main sebat jer.

Misalnya jika korang post jubah, korang boleh tepek hashtag ustaz-ustaz terkenal, seperti #UstazAharIdrus, #UstazAuni, #UstazahAsmaHarun dan lain-lain selebriti yang difikirkan sesuai dengan produk korang.

Selebriti terkenal biasanya mempunyai ramai follower yang aktif secara tidak lansung boleh meningkatkan engagement post kita.

2. Search Hashtag Pesaing Kita

Korang boleh search apa hashtag yang kerap digunakan pesaing bisnes kita. Tuajuannya adalah untuk mencari hastag pesaing yang mempunyai capaian besar dan targeted serta memiliki engagement tinggi.

Tetapi tiada data yang tepat yang menyokong fakta ni. Oleh itu adalah lebih baik korang test dulu. Try and error mana satu hastag yang betul-betul memberikan impak positif kepada post kita.

3. Gunakan Hashtag Brand Sendiri

Jangan lupa gunakan juga hashtag dengan nama brand korang sendiri. Tujuannya brand korang tu semakin dikenali ramai orang.

Nak lagi powerful korang boleh gabungkan hashtag brand korang dengan hashtag yang digunakan pesaing.

Baca juga artikel menarik ni: 6 Cara Memaksimakan Profile Instagram Anda Agar Di Follow Ramai Orang

4. Gunakan Hashtag yang Spesifik

Hashtag yang spesifik adalah hashtag yang jangkauannya (reach) tidak terlalu luas. Misalnya menggunakan hashtag spesifik #JersiJDT2020, #KasutFutsalNike, #BajuBayiLelaki, #JubahRaya2020 berbanding sekiranya kita menggunakan hastag umum #Jersi, #KasutFutsal, #BajuBaby, #Jubah

Hashtag yang spesifik jangkauannya tidak terlalu luas, sehingga membolehkan post korang lebih mudah dicari dan ditemui. Semakin spesifik hashtag yang korang pakai, maka jangkauannya semakin mengecil dan persaingannya tidak terlalu tinggi.

5. Jumlah Hashtag yang Anda Gunakan

Gunakan hashtag yang relevan dengan produk saja, tidak terlalu sedikit dan jangan terlalu berlebihan. Jika terlalu sedikit, misal hanya 3 hashtag saja akan membazir. Sebaliknya jika terlalu banyak, misalnya sehingga 30 hashtag juga kurang baik, akan dianggap sebagai spamming.

So, berapa jumlah hashtag yang Ideal? Sebaik-baiknya gunakan 10-15 hashtag saja. Misalnya menggunakan 15 hashtag dengan gabungan 5 hashtag selebriti, 5 hashtag brand sendiri dan 5 hashtag yang digunakan pesaing.

6. Trending Hastag

Sentiasa alert dengan hastag yang trending dan sedang viral kerana kebiasaanya hastag trending digunakan oleh ramai pengguna yang super aktif.

Cara mudah untuk kita check hastag trending adalah dengan tengok pada hastag di dashboard Twitter.

Copyright © 2024 CantikLink
error: Content is protected !!

Minat simpan emas? Tapi Belum Ada Ilmu Berkaitan Simpanan Emas?

klik button di bawah untuk join channel perkongsian ilmu emas kami