Facebook adalah salah satu platform media sosial yang paling popular di dunia, dan ia boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk memulakan jualan online anda secara percuma. Di bawah ini, kami akan kongsikan panduan langkah demi langkah tentang bagaimana anda boleh mula menjual produk atau perkhidmatan anda di Facebook tanpa perlu melabur dalam iklan berbayar.
3 Step Otai Facebook Lakukan
Ini 3 step yang dah lama aku perhatikan majoriti orang hebat di Facebook buat. Korang ambiklah mana yang korang rasa bagus dan sesuai:
#Tips 1: Menjadi orang ‘bernilai' dalam setiap perkongsian Facebook. Belajar dan cuba kuasai setiap aspek niche yang kita nak kongsikan. Jangan jadi tin kosong. Bahaya.
Kemudian jadilah orang yang berminat dan mempunyai passion untuk topik itu dengan memberi nilai lebih daripada orang lain.
#Tips 2: Kuasai algoritma Facebook. Sekiranya korang tak kuasai sifir tersebut maka tak ramai orang yang akan dapat menemui kandungan bagus kita tu. Target kita paling kurang 50-100 likes per post.
Ini HINT: semakin banyak kita melibatkan diri dengan kandungan orang lain, Insyaallah engagement post kita juga akan meningkat.
#Tips 3: Berhenti menjual. Stop daripada asyik duk post produk kita jer. Takde sape pun peduli (mungkin ada tapi tak ramai, so konfem sales pun takde).
Rahsia untuk berjaya di Facebook adalah dengan berkongsikan sesuatu daripada pandangan sisi orang yang kita nak bantu. “seeing or experiencing something from someone else's point of view…”
Tips ke 3 lebih kurang macam step untuk kita create avatar bagi produk yang kita nak jual. Kalo sipu-sipu Mat Saleh aku selalu dengar cakap ayat ni “If you haven't spent time in someone else's shoes, how can you judge them?”
Baca juga post ‘Buat Duit Melalui Update Post di Facebook'
Tetapi daripada ketiga-tiga tips kat atas, no 3 tu aku sendiri payah nak buang. Memang dah sifat normal manusia kot. Kalo nak apa-apa, mesti kita nak secepat mungkin. Macam desperate giler nak buat sales kan?
So kesimpulannya kena banyak bersabar sebelum kita nak menjual. Jangan gopoh gais. Kalo ada rakan-rakan yang berminat nak belajar RAHSIA BUAT IKLAN WALAUPUN TAK RETI COPYWRITING, aku rekmen korang belajar dengan pakar di bawah.